SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI UNIT SUKAN, JPN PERAK
SUKAN PRESTASI TINGGI
Kumpulan Sasar: Atlet yg berpotensi untuk mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa..
Matlamat: Pencapaian prestasi yang cemerlang dalam kejohanan seperti Sukan SEA, Asia, Komanwel, dan Olimpik.
Strategi:
- Fokus MSN & ISN, Progam Elit, Pelapis dan Pembangunan, Program Sukan Teras, TID/Cari Bakat, Kejurulatihan, Pengamalan Sains Sukan
- Insentif kepada atlet/ jurulatih /persatuan sukan. - Peranan Kementerian Pelajaran – MSSM/JPJS;
- Peranan MOM dan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA)
SUKAN UNTUK SEMUA
Kumpulan Sasar:Orang ramai dan semua lapisan rakyat
Matlamat: Gaya hidup yang sihat,cergas melalui kegiatan sukan dan rekreasi. Mewujudkan budaya bersukan dalam masyarakat..
Strategi :Program KBS/JBS dengan kerjasama KPM/JPN/ SEKOLAH, NGOs ; penglibatan beramai-ramai.- “Malaysia Cergas” , Sukan Komuniti, Tunas Gemilang
DASAR SUKAN NEGARA
• Membentuk satu masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu.
• Menyediakan peluang- peluang dan kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi, sosial, psikologi dan fisiologi.
• Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seseorang individu dan keseronokan orang ramai. Mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen, dengan harapan meningkatkan lagi imej negara.
MATLAMAT
Penggubalan Dasar Sukan Negara adalah atas rasional bahawa:
• Sukan adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan negara.
•Sukan berhak mendapat pengiktirafan,penghormatan, dan penggalakan seperti program pembangunan pendidikan, perumahan, ekonomi, kesihatan dan lain-lain lagi.
RASIONAL
DASAR SUKAN NEGARA
DASAR SUKAN NEGARA