top of page

SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS)

PENGENALAN

 

Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan program pembangunan sukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan penubuhannya adalah bagi mengenalpasti bakat-bakat muda bagi sukan yang berprestasi tinggi di peringkat sekolah khususnya.  Program ini dilaksanakan di Pusat-pusat Kecemerlangan Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Pusat Latihan Daerah (PLD). Pemilihan PLD bagi pelaksanaan program SPTS di setiap negeri ditentukan oleh Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing melalui pencalonan dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PLD ini dikenal pasti dengan mengambil kira faktor prasarana sukan yang berkaitan dengan jenis sukan yang hendak dilaksanakan dan juga jurulatih berkelayakan yang berupaya melaksanakan program SPTS di PLD tersebut. Pemilihan kemasukan atlet ke program SPTS bagi sesebuah PLD  dilaksanakan melalui talent identification and development (TID) berpusat ataupun talent scouting oleh jurulatih-jurulatih PLD negeri masing-masing.

 

LATAR BELAKANG 

 

Pada 10 Julai 2007 kertas konsep SPTS telah dibentang kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia dan pada 31 Julai 2007 pula kertas berkenaan SPTS ini telah dibentang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS). Hasil pembentangan ini JKPS telah mengarahkan KPM dan Kementeriaan Belia dan Sukan (KBS) untuk menyelaraskan senarai sukan SPTS.

Pada 14 Ogos 2007, satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal antara KPM yang diwakili oleh Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan (JPJS) dan KBS yang diwakili oleh Majlis Sukan Negara (MSN) telah diadakan.Mesyuarat itu telah memutuskan bahawa sukan yang disenaraikan untuk SPTS adalah :

 

  • Sepak Takraw

  • Memanah

  • Bola Sepak

  • Badminton

  • Olahraga

  • Hoki ( Lelaki & Perempuan)

  • Gimnastik Artistik

  • Gimrama

 

Pada 19 Disember 2007, sekali lagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal antara KPM dan KBS diadakan. Dalam mesyuarat ini telah diputuskan bahawa KPM akan melaksanakan sepenuhnya 3 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Memanah dan Bola Sepak mulai  Januari 2008. Sepak Takraw dan Memanah akan dijalankan di Pusat Latihan Daerah yang dilantik manakala Bola Sepak akan dijalankan di Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri.

 

Pada 24 Jun 2009, satu lagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal antara   KPM dan KBS diadakan. Mesyuarat bersetuju untuk menambah 4 lagi jenis sukan teras MSN yang akan dilaksanakan di bawah Pogram SPTS, KPM. Sukan tersebut ialah Badminton, Olahraga, Hoki, Gimnastik Artistik dan Gimrama. Di samping itu, sukan Bola Sepak akan diperluaskan ke Pusat Latihan Daerah mulai tahun 2009.

 

Seiring dengan pelaksanaan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan satu skim elaun bagi jurulatih (guru) yang melaksanakan program ini yang dinamakan Bayaran Insentif Jurulatih Sukan (BIJS).

 

 

KONSEP PROGRAM

 

Program SPTS adalah untuk melatih atlet muda yang berbakat di peringkat sekolah (berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun) dalam jumlah yang ramai. KPM berharap dengan cara ini, pembentukan atlet atau pasukan remaja kebangsaan akan lebih mudah dilakukan . Atlet yang dikenalpasti akan dilatih di Pusat Latihan Daerah (PLD). Setiap PLD yang terpilih akan menjalankan 1 jenis sukan SPTS. Jurulatih yang ditempatkan di PLD adalah terdiri daripada kalangan guru (DG). Jurulatih yang dilantik dipilih sama ada dari sekolah PLD atau sekolah sekitar PLD.

 

 

 

OBJEKTIF

 

OBJEKTIF JANGKA PENDEK

Melalui program SPTS, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat :

  • Melahirkan atlet  terbaik  dalam sukan tertentu di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

  • Melahirkan atlet terbaik untuk ditempatkan di Sekolah Sukan Negeri (SSN) dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

  • Melahirkan jurulatih SPTS yang bertauliah dari kalangan guru.

 

OBJEKTIF JANGKA PANJANG

Melalui program SPTS, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat :

  • Melahirkan juara muda hingga ke peringkat Olimpik dan dunia.

  • Melahirkan juara remaja di peringkat ASEAN, Asia, Komanwel dan dunia.

  • Menjadi juara peringkat remaja sebelum menjadi Juara Senior. Sebagai contoh Sepak Takraw – perlu menjadi  johan sekolah ASEAN sebelum johan di Sukan SEA .

 

PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD)

PLD terdiri daripada sekolah harian yang dikenalpasti oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Sekolah yang dikenalpasti perlu ada kemudahan sukan, prasarana dan jurulatih mengikut jenis sukan SPTS. PLD yang telah dikenalpasti dipanjangkan ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk pengesahan. Seterusnya JPN memanjangkan senarai PLD ke Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan surat pelantikan.

​

PERANAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ( PENYELIA SUKAN)

  1. AJK SPTS Negeri

  2. Mengenalpasti dan mencalonkan PLD dan  jurulatih SPTS

  3. Merancang dan membuat penempatan jurulatih dan atlet SPTS di PLD

  4. Memantau pelaksanaan program SPTS di PLD

  5. Membantu JPN melaksanakan pemantauan dan penggredan PLD

  6. Membantu JPN dengan memantau dan menyelia permohonan dan pembayaran BIJS  untuk jurulatih

  7. Menyediakan Pelaporan kewangan Bayaran Insentif Jurulatih Sukan

  8. Menyediakan Pelaporan Penggredan PLD

  9. Menyediakan Pelaporan Kewangan Program SPTS Negeri

 

PERANAN PUSAT LATIHAN DAERAH (PENGETUA)

  1. AJK SPTS PPD

  2. Menjaga kebajikan jurulatih dan atlet SPTS

  3. Memantau pelaksanaan program SPTS

  4. Memastikan jurulatih PLD melaksanakan program latihan dan menyediakan pelaporan BIJS

  5. Memastikan jurulatih menyediakan fail induk SPTS dan fail peribadi jurulatih

  6. Mengesahkan pelaksanaan program SPTS (menandatangani borang laporan jurulatih)

 

 

PERANAN JURULATIH SPTS

  1. Menyediakan fail peribadi jurulatih ( rujuk instrumen penilaian jurulatih SPTS) dan fail induk SPTS

  2. Melaksanakan pencarian/pemilihan atlet untuk ditempatkan di PLD melalui Talent Identification Development (TID) atau Talent Scouting atau atlet yang berminat dan layak mengikuti program SPTS

  3. Merancang dan melaksanakan program latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan iaitu minima 3 kali seminggu, 2 jam setiap sesi.

  4. Merancang dan menguruskan program pembangunan PLD

  5. Merancang dan melaksanakan ujian spesifik dan ujian kecergasan

  6. Mengisi dan mengemaskini semua maklumat berkaitan PLD, jurulatih dan atlet dalam sistem i-spts.

  7. Mengisi dan mendaftar maklumat atlet murid yang terpilih dalam e-Kejohanan i-spts bagipenyertaan ke kejohanan negeri/zon/kebangsaan.

  8. Menjalinkan kerjasama antara PLD dan Agensi Luar/NGO yang berkaitan dengan program SPTS.

  9. Menjaga kebajikan dan keselamatan atlet murid di bawah program SPTS.

​

​

PELAKSANAAN PROGRAM SPTS PLD

​

Pemilihan Pusat Latihan Daerah (PLD)

​

  1. PPD kenalpasti & calonkan kepada JPN sekolah  sebagai PLD (sekolah yang mempunyai prasarana sukan & asrama)

  2. JPN menyokong pencalonan PPD

  3. Senarai PLD diserah kepada Bahagian Sukan, KPM

  4. Bahagian Sukan membuat lantikan PLD

​

Pemilihan Jurulatih di Pusat Latihan Daerah (PLD)

  1. PLD/PPD kenalpasti & calonkan jurulatih

  2. PPD menyokong pencalonan PLD dan menghantar senarai maklumat jurulatih  kepada JPN

  3. JPN keluarkan surat lantikan jurulatih dan surat kuasa melatih di PLD

​

Pemilihan & Penempatan Atlet SPTS Oleh Pusat Latihan Daerah (PLD)

  1. Pemilihan atlet SPTS dijalankan melalui  TID atau Talent Scouting

  2. Atlet yang dipilih mestilah bersekolah kawasan PPD  tersebut

  3. Atlet ditawarkan penempatan ke asrama sekiranya ada

  4. Penglibatan atlet dalam program SPTS mestilah dimaklumkan kepada Ibu bapa

  5. Penilaian atlet Pusat Latihan Daerah melalui ujian kecergasan dan spesifik

​

​

JURULATIH

​

KRITERIA PEMILIHAN JURULATIH DI PLD/SSN

 

  1. Mempunyai sijil kejurulatihan spesifik dan sains sukan atau

  2. Mempunyai sijil kejurulatihan spesifik atau sijil sains sukan sahaja atau

  3. Berminat dalam bidang kejurulatihan sukan

  4. Nisbah Jurulatih terhadap atlet murid ialah 1 jurulatih : 10-15 atlet murid   

​

BAYARAN INSENTIF JURULATIH SUKAN (BIJS) KPM

Diluluskan oleh JPA pada 25 Januari 2008 BIJS berkuat kuasa 1 Januari 2008.

​

SYARAT LAYAK MENERIMA BIJS

  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Dan Bukan Siswazah (PPPBS)

  2. Mempunyai Sijil Kejurulatihan (SPKK)

  3. Melatih Di Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS)

  4. Melatih Satu Jenis Sukan Prestasi Tinggi

  5. Menjalankan Latihan Sekurang-Kurangnya Tiga (3) Kali Seminggu Selama Dua (2) Jam Sehari

  6. BIJS dibayar mengikut tahap sijil yang lebih rendah salah satu daripadanya.

​

SIJIL KEJURULATIHAN BAGI SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK)

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

INSENTIF JURULATIH SPTS

​

Jurulatih SPTS layak mendapat Bayaran Insentif Jurulatih Sukan (BIJS) dengan kadar:

​

​

​

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

TATACARA BAYARAN

Tuntutan BIJS dibuat secara bulanan sebelum 10 hb. berikutnya dan dokumen yang perlu disertakan iaitu:

 

  1. Laporan BIJS yang disahkan oleh pentadbir sekolah

  2. Salinan Sijil Spesifik, Sains Sukan dan SPKK atau dokumen yang sama taraf

  3. (Kew. 8- Pin.10/96)

  4. Salinan Kad Pengenalan

  5. Salinan Muka Depan Akaun Bank

  6. Salinan Slip Gaji (terkini)

 

 

Tuntutan dikemukan kepada JPN/PPD  masing-masing

​

Pembayaran ditanggung di bawah OS 29000 (Belanja Mengurus)

​

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

SENARAI PUSAT LATIHAN DAERAH (PLD) NEGERI PERAK 

(KEMASKINI JUN 2018)

bottom of page