top of page

SEKOLAH SUKAN NEGERI PERAK

PROGRAM SUKAN

DEFINISI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA (SSM)
 

Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.

 

Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.

 

Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

 

Sekarang ini hanya terdapat 4  SSM iaitu :

 

1.    Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)

- www.bjss.edu.my
 

2. Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI)

- www.sstmi.edu.my
 

3. Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP)

- https://ssmpahangv2.wixsite.com/ssmp

4. Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS)

- https://sites.google.com/site/ssmsabahkk/

 

5. Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT)

- www.

Alamat Sekolah Sukan Negeri Perak:

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat

Jln Teoh Kim Swee

31350, Ipoh

Negeri Perak, Malaysia

Telefon = 6053122855

Fax = 6053132067

Kod Sekolah : AEA2044

http://smkgunungrapat.edu.my/v7/

 

CARA KEMASUKAN KE SSM

CARA KEMASUKAN KE SSN

 

LATAR BELAKANG

 

Majlis Sukan Sekolah Perak (MSS Perak) telah berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan selama tiga tahun berturut-turut mulai 2012 hingga 2014.

Kutipan pingat yang diperolehi oleh MSS Perak pada tahun 2012 hingga 2015 adalah seperti berikut:

 

 

  

 

 

 

 

 

Berdasarkan kutipan pingat yang diperoleh MSS Perak pada tahun 2015 ini, dijangka kontinjen MSS Perak tidak dapat mengekalkan kedudukan ketiga keseluruhan seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

Oleh itu,  satu tindakan dan perancangan yang lebih  progresif dan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan MSS Perak di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2016.

 

MATLAMAT

Kesiapsiagaan dan membaiki  prestasi dan kualiti atlet murid  MSS Perak dalam Kejohanan MSSM bagi merealisasikan “Perak Excellent”.

 

OBJEKTIF

  • Membentuk satu program latihan jangka pendek sebagai persediaan untuk atlet murid dan pegawai MSS Perak merangkul kejuaraan di Kejohanan MSSM 2016.

  • Meningkatkan bilangan atlet murid MSS Perak ke Sekolah Sukan Malaysia.

 

SUKAN YANG TERLIBAT SEPERTI BERIKUT:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENUTUP

 

Majlis Sukan Sekolah Perak mengharapkan agar program yang dirancang ini akan berjalan lancar dan dapat menjulang kejuaraan di Kejohanan MSSM tahun 2016.

 

Penafian:
Kerajaan Malaysia dan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri  Perak tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. Syarikat-syarikat  yang dirujuk di dalam laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai agen atau syarikat yang disyorkan oleh Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

 

bottom of page